GRS-BN tiada kesepakatan sejak awal: Shafie Apdal

Mohd Shafie ketika ditemui selepas program bersama rakyat di Kampung Panji, Semporna pada Sabtu.
Mohd Shafie ketika ditemui selepas program bersama rakyat di Kampung Panji, Semporna pada Sabtu.
A
A
A

SEMPORNA - Pertembungan kerusi antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan BN dilihat tiada kesepakatan antara kedua-dua pihak sejak awal lagi.

Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, gabungan itu demi kepentingan pemimpin itu sendiri dan ia tidak ikhlas demi rakyat.

"Memang pun tiada kesepakatan dari awal. Kesepakatan ini hanya untuk mengunakan, contohnya bila Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) menjadi Perdana Menteri mementingkan kononnya landasan yang didendangkan ialah suara-suara kepentingan rakyat, kepentingan negara kita perlu bergabung untuk memerintah Malaysia.

"Jadi Perdana Menteri dia bergabung dengan UMNO, bergabung dengan Pas, lepas itu UMNO pula tumbangkan dia, tukar Ismail Sabri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, lepas itu desak pula Ismail Sabri, Ismail Sabri pula ditumbangkan.

"Gabungan ini bukan gabungan yang ikhlas, termasuk di Sabah," katanya ketika ditemui selepas program bersama rakyat, di Kampung Panji, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya adakah pertembungan yang berlaku antara GRS dan BN di beberapa kerusi akan memberi kelebihan kepada Warisan.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai proses keseluruhan penamaan calon bagi wakil daripada Warisan, beliau memaklumkan semuanya dalam keadaan teratur.

"Saya terima laporan setiap hari daripada Kedah tadi (Sabtu), begitu juga di Perlis dan penamaan calon di Pandan, Ampang dan Wangsa Maju dan mereka menyatakan ramai juga penyokong yang turut mengiringi mereka untuk menjadi wakil Warisan termasuk di Johor," katanya.

Artikel Berkaitan: