Pesara tentera tidak gentar berdepan tujuh penjuru

Karil bersama penyokong ketika proses penamaan calon di pekarangan Dewan Masyarakat Semporna.
Karil bersama penyokong ketika proses penamaan calon di pekarangan Dewan Masyarakat Semporna.
A
A
A

SEMPORNA - Pesara tentera yang mewakili Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS), Karil Pg Kuraini, tidak gentar berhadapan dengan parti besar menerusi persaingan tujuh penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya kali ini.

Karil, 76, yang lengkap berbaju Melayu hijau ketika hari penamaan calon akan berhadapan dengan calon dari Parti Warisan (Warisan), Jamil Hamzah; Abd Aziz Mohd Ibno (BN), Arastam Pandorog (Pakatan Harapan), Mohd Hassan Abu Bakar (GTA-Pejuang), Nazmawati Walli (PBM) dan Zulfadzli Shi Ahmad (Bebas).

Karil yang juga seorang pekebun berkata, beliau tidak berniat untuk berpolitik tetapi ini adalah demi perjuangannya kepada rakyat dan kawasan DUN Bugaya.

"Saya tidak takut (bertanding menentang calon) kecuali hantu bangkit. Saya sudah lama dalam parti dan hari ini saya bersama penyokong dari DUN Bugaya.

"Ini adalah kali pertama saya bertanding dan memilih untuk bertanding di bawah parti tempatan PPRS," katanya ketika proses penamaan calon di Dewan Masyarakat Semporna, pada Sabtu.

Sementara itu, seorang lagi calon tunggal wanita dari Parti Bangsa Malaysia (PBM), Nazmawati memaklumkan gerak kerja kempen akan dilaksanakan sejurus dinamakan sebagai calon bagi DUN Bugaya.

Nazmawati calon tunggal wanita berentap di DUN Bugaya.
Nazmawati calon tunggal wanita berentap di DUN Bugaya.

"Isu kewarganegaraan dan ekonomi di DUN Bugaya antara yang diketengahkan selain masalah sosial seperti budak-budak jalanan dan hisap gam juga antara diambil perhatian.

Artikel Berkaitan:

"Insya-ALLAH ini akan ada dalam teras pembangunan ekonomi PBM, kesamarataan gender wanita dan anak muda yang perlu diketengahkan," katanya.