'Kereta perisai' berarak curi tumpuan

Orang ramai bergambar bersama replika 'kereta perisai' yang dibawa bagi memeriahkan hari penamaan calon di Parlimen Sik. - Foto FB Pas Kawasan Sik-Laman Rasmi
Orang ramai bergambar bersama replika 'kereta perisai' yang dibawa bagi memeriahkan hari penamaan calon di Parlimen Sik. - Foto FB Pas Kawasan Sik-Laman Rasmi
A
A
A

SIK - Kemunculan replika kereta perisai semasa hari penamaan calon di Pusat Penamaan Calon Parlimen Sik pada Sabtu, mencuri tumpuan ramai.

Ketua Cawangan Pas Kampung Kerawai, Zakaria Salleh berkata, replika yang dicipta menggunakan besi bumbung serta dihiasi bendera PN itu dihasilkan anak kepada salah seorang Ahli Jawatankuasa Pas cawangan berkenaan dengan kos kira-kira RM500.

Menurutnya, replika itu digerakkan menggunakan motosikal dan dihiasi bendera PN, sehingga kelihatan seolah-olah sebuah kereta perisai.

"Kenderaan ini hasil rekaan Mohd lrfan Mohd lsa, 21, disebabkan minat dan mempunyai kemahiran, dia mula buat sejak kerajaan umum pembubaran Parlimen 10 Oktober lalu.

"Tujuan rekaan ini sekadar mahu memeriahkan hari penamaan calon dan digerakkan secara berkonvoi dari Kampung Kerawai ke Pekan Sik sehingga mendapat perhatian disebabkan keunikannya yang tersendiri," katanya.

Menurut Zakaria, selepas ini, replika itu akan diletakkan di hadapan bilik operasi PN Kampung Kerawai untuk dibuat pameran sempena merancakkan kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Jelasnya, inisiatif itu adalah kali pertama dicipta penduduk Kampung Kerawai yang bukan sahaja menunjukkan minat dan kesungguhan, malah menterjemah hobi serta kemampuan anak muda dalam menghasilkan karya kreatif buat tontonan ramai.

Parlimen Sik menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada PRU15 antara Maizatulakmam Othman (UMNO), Datuk Latipah Md Yatim (Amanah) dan Ahmad Tarmizi Sulaiman (Pas).

Artikel Berkaitan: