Lubang benam sedalam dua meter berpunca paip lama IWK bocor

Fahmi menunjukkan lubang benam yang berlaku di Bayan Baru pada Rabu.
Fahmi menunjukkan lubang benam yang berlaku di Bayan Baru pada Rabu.
A
A
A

BAYAN BARU – Kejadian lubang benam sedalam kira-kira dua meter di Lebuhraya Mayang Pasir di sini dipercayai berpunca daripada kebocoran paip lama milik Indah Water Konsortium (IWK).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Fahmi Zainol berkata, kejadian itu disedari kira-kira jam 3.10 petang.

Menurutnya, lubang berukuran kira-kira 9 meter x 8 meter itu berlaku dalam kawasan perumahan Taman Sri Tunas di sini.

“Punca kejadian disahkan oleh pihak JKR sebagai kebocoran paip lama IWK, malah IWK juga mengakui ia memang berpunca daripada paip lama milik mereka.

“Antara pihak yang tiba di lokasi sejurus selepas kejadian disedari ialah JKR dan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Kejadian lubang benam sedalam kira-kira dua meter di Lebuhraya Mayang Pasir, Bayan Baru.
Kejadian lubang benam sedalam kira-kira dua meter di Lebuhraya Mayang Pasir, Bayan Baru.

Fahmi menambah, proses untuk membaik pulih lubang benam tersebut akan mengambil masa antara satu hingga dua minggu.

"Kerja baik pulih akan dilaksanakan oleh IWK pada malam ini juga.

Artikel Berkaitan:

"Jangkaan dapat disiapkan antara seminggu hingga dua minggu," ujarnya lagi.

Difahamkan, tindakan awalan telah diambil oleh JKR Pulau Pinang dengan memasang penghadang plastik berdekatan lubang benam berkenaan selain di kedua-dua arah laluan bagi menghalang pergerakan kenderaan ke kawasan terjejas.

Kawasan itu juga terpaksa ditutup sepenuhnya sebagai langkah keselamatan.

Tiada mangsa atau kerosakkan kenderaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!