PRU15: Empat calon muda bertaruh di Parlimen Hang Tuah jaya

Dari kiri: Adam Adli, Sheikh Ikhzan, Mohd Ridhwan dan Mohd. Azrudin berpegang tangan selepas pengumuman calon di Pusat Penamaan Calon Dewan Mini Bestari, Ayer Keroh, di sini, pada Sabtu.
Dari kiri: Adam Adli, Sheikh Ikhzan, Mohd Ridhwan dan Mohd. Azrudin berpegang tangan selepas pengumuman calon di Pusat Penamaan Calon Dewan Mini Bestari, Ayer Keroh, di sini, pada Sabtu.
A
A
A

MELAKA - Persaingan empat penjuru di P137 Hang Tuah Jaya menampilkan calon muka baharu bagi kerusi itu yang mengemukakan borang penamaan calon masing-masing di Pusat Penamaan Calon Dewan Mini Bestari, Ayer Keroh, di sini, pada Sabtu.

PH mempertaruhkan anak muda berusia 33 tahun yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR, Adam Adli Abd Halim, 33, mendahului calon lain dengan mengemukakan borang pada jam 9.02 pagi.

Diikuti calon BN Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali, 37, yang juga Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya mengemukakan borang penamaan calon pada jam 9.02 pagi selepas diarak dengan penyokongnya sedondon berbaju biru tua.

Manakala Ketua Bahagian Bersatu Hang Tuah Jaya, Mohd. Azrudin Md Idris, 41, yang mewakili PN mengemukakan borang permohonan calon pada jam 9.09 pagi dan terakhir menghantar borang adalah seorang peguam bagi Pejuang, Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh, 40, pada 9.12 pagi.

Pengesahan persaingan keempat -empat calon muda itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Datuk Md. Azhan Samat pada jam 10.30 pagi selepas berakhir tempoh bantahan.

Pada proses penamaan calon tersebut, semua calon yang hadir jelas mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Bagaimanapun tiada calon bebas dilihat bertanding di kerusi berkenaan sehingga tempoh masa pendaftaran tamat pada jam10.00 pagi.

Pada PRU14, Parlimen Hang Tuah Jaya berjaya dipertahankan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dari PKR dengan majoriti: 8,640 undi.

Artikel Berkaitan:

Sekali gus menewaskan calon BN, Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan calon Pas, Dr Khalid Kassim.