Ratusan penyokong laung takbir, selawat

Adnan (empat) diraikan oleh penyokongnya.
Adnan (empat) diraikan oleh penyokongnya.
A
A
A

KUALA PILAH - Ratusan penyokong daripada lima calon P129 Parlimen Kuala Pilah hadir memberi sokongan pada hari penamaan calon di pekarangan bilik gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah pada Sabtu.

Laungan takbir dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW turut kedengaran sepanjang menuju ke pusat penamaan calon di sini sebagai pembakar semangat selain nyanyian lagu parti.

Parlimen Kuala Pilah menyaksikan pertandingan lima penjuru melibatkan Perikatan Nasional (PN), Datuk Eddin Syazlee Shith, Datuk Adnan Abu Hassan (BN), Nor Azman Mohamad (Pakatan Harapan), Kamarulzaman Kamdias (Parti Pejuang Tanahair) dan Parti Warisan, Datuk Azman Idris.

Pengumuman dibuat oleh Pengurus Pilihan Raya Parlimen Kuala Pilah, Mohd Faizal Abdul Manap.

Mohd Faizal berkata, beliau berpuas hati selepas menyemak semua borang pencalonan dan tiada calon yang ditolak pencalonannya.

Eddin Syazlee (tengah) melambai tangan kepada penyokongnya selepas selesai penamaan calon.
Eddin Syazlee (tengah) melambai tangan kepada penyokongnya selepas selesai penamaan calon.

Pada PRU14, Datuk Seri Hasan Malek (BN) tewas 200 undi dengan calon Bersatu, Datuk Eddin Syazlee Shith yang memenangi 18,045 undi.

Parlimen Kuala Pilah mempunyai lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana empat milik BN iaitu Juasseh, Sri Menanti, Senaling, Johol dan satu di Pilah milik PH.

Artikel Berkaitan:

Terdapat seramai 63,247 orang pemilih berdaftar di Parlimen Kuala Pilah pada PRU15 kali ini.