MB, dua exco Selangor bercuti dari tugas rasmi, fokus PRU15

Gambar dari kiri: Amirudin, Rodziah, Ganabatirau
Gambar dari kiri: Amirudin, Rodziah, Ganabatirau
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang akan bertanding di Parlimen Gombak akan bercuti dari tugas rasmi kerajaan negeri bagi memberi fokus kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sekretariat Akhbar Menteri Besar Selangor dalam satu kenyataan berkata, perkara tersebut diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor yang bersidang pada 2 November lalu.

Menurut kenyataan itu, mesyuarat menetapkan bahawa ahli-ahli MMKN yang terlibat secara langsung selaku calon Pakatan Harapan (PH) akan bercuti dari tugasan masing-masing.

"Selain Amirudin, dua Exco Kerajaan Negeri turut akan bercuti dari tugas rasmi.

"Mereka adalah Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail bertanding di kerusi Ampang dan Exco Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin Selangor, V Ganabatirau calon kerusi Klang," menurut kenyataan itu pada Jumaat.

Tambah kenyataan itu, mereka akan bercuti sepanjang tempoh pilihan raya bermula 5 November hingga 19 November depan.

Ujar kenyataan itu, cuti tersebut bagi menjamin kebertanggungjawaban sepanjang tempoh PRU15 berlangsung.

Artikel Berkaitan: