Presiden MFL ziarahi keluarga mendiang P Rajes

Ab Ghani bertanya sesuatu kepada anak-anak mendiang P Rajes semasa menziarahi keluarga tersebut pada Khamis. - Foto MFL
Ab Ghani bertanya sesuatu kepada anak-anak mendiang P Rajes semasa menziarahi keluarga tersebut pada Khamis. - Foto MFL
A
A
A

PRESIDEN Liga Bola Sepak (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan meluangkan masa menziarahi keluarga mendiang bekas pemain kelab PJ City FC, P Rajes pada Khamis.

Dalam kunjungan itu, Ab Ghani bertemu dengan isteri mendiang, S Komathy bersama tiga lagi anaknya Thivyaalini, Pirutheswar dan Kaveenilavan.

Kunjungan Ab Ghani bagi menzahirkan rasa simpati MFL di atas pemergian pemain berusia 37 tahun itu dalam satu kemalangan jalan raya.

Ab Ghani turut ditemani Setiausaha Eksekutif PJ City, S Vinodkana dan Ketua Operasi Raja Khugan turut menyampaikan sumbangan MFL kepada keluarga mendiang.

"Terima kasih MFL kerana sudi melawat kami dan sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban kami sekeluarga,” kata isteri mendiang Komathy.

Komathy akui satu tanggungjawab berat dalam membesarkan anak-anaknya, Thivyaalini, Pirutheswar dan Kavee nilavan selepas ini tanpa mendiang Rajes di sisi.

Pada 17 Oktober lalu, pentas bola sepak negara dikejutkan dengan kehilangan pemain veteran PJ City FC, P Rajes yang maut selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Batu Caves.

Artikel Berkaitan: