Tindakan berterusan Korea Utara tidak boleh diterima: Kishida

Fumio Kishida. Foto AFP
Fumio Kishida. Foto AFP
A
A
A

TOKYO - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata tindakan Korea Utara yang berterusan melancarkan peluru berpandu tidak boleh diterima sama sekali.

"Hari ini, Korea Utara sekali lagi melancarkan peluru berpandu. Pelancaran peluru berpandu yang berterusan tidak boleh dimaafkan dan sama sekali tidak boleh diterima," Sputnik memetik Kishida sebagai berkata.

Pada pagi Khamis, Jepun mengeluarkan amaran tentang kemungkinan berlaku pelancaran peluru berpandu.

Laporan awal menyebut peluru berpandu pertama memasuki wilayah Jepun, yang mengaktifkan sistem amaran awal J-Alert, namun Menteri Pertahanan Jepun, Yasukazu Hamada kemudiannya berkata analisis terperinci mengenai situasi itu mengesahkan peluru berpandu itu tidak terbang di ruang udara Jepun.

Ketinggian maksimum peluru itu adalah 2,000 meter dengan jarak penerbangan 750 kilometer. Ia mungkin jatuh di Laut Jepun.

Butiran pelancaran peluru berpandu kedua dan ketiga tidak diberikan.

Agensi berita Yonhap melaporkan Korea Utara melepaskan satu peluru berpandu balistik jarak jauh dan dua peluru berpandu balistik jarak dekat ke arah Laut Jepun pada Khamis. - Bernama