MCA sedia bantu Ahmad Said untuk menang

Foo (dua dari kiri) bersama ahli MCA Kemaman dan sebahagian penyokong BN.
Foo (dua dari kiri) bersama ahli MCA Kemaman dan sebahagian penyokong BN.
A
A
A

KEMAMAN - MCA memberi sokongan penuh kepada calon BN Kemaman, Datuk Seri Ahmad Said untuk merebut kerusi Parlimen itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ahli Jawatankuasa MCA Kemaman, Foo Hee Lee berkata, pihaknya yakin penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu boleh menang.

"Kita akan ajak semua masyarakat Cina untuk bersama-sama menyokong pemimpin yang baik.

"Dari dahulu sampai sekarang kami sokong BN dan Ahmad serta kami rasakan beliau adalah calon terbaik," katanya.

Katanya, semua keperluan dan permasalahan masyarakat Cina akan diberi perhatian sekiranya calon BN berjaya dalam PRU15.

"Kami tidak akan susah sekiranya dapat pemimpin seperti beliau kerana semua perkara dipertimbangkan.

"Kami tidak akan diabaikan dan MCA akan membantu beliau untuk mencapai kemenangan kali ini," katanya.

Artikel Berkaitan: