Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun

No Image Caption
A
A
A

KOTA KINABALU - Jumlah mangsa banjir di Sabah yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan kepada 62 orang daripada 18 keluarga petang ini berbanding 528 orang daripada 162 keluarga pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan memaklumkan penurunan jumlah mangsa banjir itu berikutan penutupan kelima-lima PPS di Tenom pada 12 tengah hari tadi.

"Kesemua mangsa yang berlindung di PPS terbabit dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing selepas pemantauan di lokasi mendapati keadaan banjir pulih sepenuhnya," menurut kenyataan itu.

Setakat ini, hanya satu PPS masih beroperasi iaitu Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir di Beaufort yang menempatkan seramai 62 orang daripada 18 keluarga. - Bernama

Artikel Berkaitan: