Siap siaga hadapi air pasang besar mulai Isnin

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KLANG - Penduduk di daerah sini disarankan untuk bersiap siaga bagi menghadapi fenomena air pasang besar mulai Isnin hingga Rabu depan.

Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Klang menerusi satu kenyataan daripada Jabatan Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Klang memaklumkan paras air laut dijangka meningkat sehingga 5.3 meter sepanjang tempoh tersebut.

Menurutnya, penduduk juga akan berdepan risiko banjir dan runtuhan ban akibat fenomena berkenaan.

"Sehubungan itu, JPBD Klang mengingatkan semua warga Klang untuk sentiasa peka dan cakna dengan keadaan semasa alam sekeliling.

"Sentiasa dapatkan maklumat terkini keadaan cuaca dan arahan lanjut pihak agensi kerajaan bertanggungjawab.

Infografik berkenaan fenomena air pasang besar di Facebook PDT Klang.
Infografik berkenaan fenomena air pasang besar di Facebook PDT Klang.

"Bilik Gerakan Bencana Daerah Klang akan turut dibuka mulai 7 hingga 9 November 2022," katanya di Facebook pada Khamis.

Selain itu, JPBD Klang turut mengalakkan penduduk di daerah berkenaan untuk mempunyai beg kecemasan bencana (Ready2Go) di rumah masing-masing.

Artikel Berkaitan: