64 mangsa banjir kilat dipindahkan ke dua PPS di Raub

Anggota APM melakukan kerja-kerja pemasangan kubikal di salah sebuah PPS yang di buka ekoran banjir kilat melanda tiga kampung di Raub pada Khamis. - Foto APM
Anggota APM melakukan kerja-kerja pemasangan kubikal di salah sebuah PPS yang di buka ekoran banjir kilat melanda tiga kampung di Raub pada Khamis. - Foto APM
A
A
A

KUANTAN - Dua pusat pemindahan sementara (PPS) di buka di Raub bagi menempatkan 64 mangsa banjir kilat yang melanda tiga buah kampung di daerah itu pada awal pagi Khamis.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Raub, Kapten Pertahanan Awam (PA) Samasuddin Kambade berkata, sebanyak 14 keluarga terlibat membabitkan penduduk dari Kampung Batu Talam, Kampung Kuala Atok dan Kampung Jenud.

Menurutnya, seramai 19 mangsa termasuk sembilan kanak-kanak daripada empat keluarga berada PPS Balai Raya Kampung Batu Talam yang dibuka pada jam 2 pagi.

"PPS Sekolah Kebangsaan Ulu Atok pula dibuka jam 4 pagi bagi menempatkan 45 mangsa dari 10 keluarga.

"PPS di balai raya Kampung Jenud turut dibuka jam 6.36 pagi sebagai persediaan namun tiada mangsa ditempatkan di situ setakat ini," katanya melalui satu kenyataan pada Khamis.


Anggota APM membantu memindahkan mangsa banjir ke salah sebuah PPS yang di buka di Raub pada Khamis.
Anggota APM membantu memindahkan mangsa banjir ke salah sebuah PPS yang di buka di Raub pada Khamis.

Samasuddin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian kira-kira jam 2 pagi sebelum anggota ke lokasi untuk melakukan pemantauan.

"Hasil pemantauan mendapati banjir kilat berlaku ekoran limpahan air dari Sungai Batu dan Sungai Semantan susulan hujan lebat.

Artikel Berkaitan:

"Anggota APM ke lokasi kejadian untuk mengambil maklumat mangsa dan membuat kerja-kerja pemasangan kubikal di PPS terlibat," jelasnya.

Beliau berkata, selain APM, pihak bomba, polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung turut terlibat menghulurkan bantuan.

Sementara itu, sebuah PPS turut dibuka di daerah Lipis yang menempatkan 19 mangsa banjir daripada lapan keluarga di Kampung Lubuk Kulit.

Anggota APM melakukan kerja-kerja pemasangan kubikal di salah sebuah PPS yang di buka ekoran banjir kilat melanda tiga kampung di Raub pada Khamis. - Foto APM
Anggota APM melakukan kerja-kerja pemasangan kubikal di salah sebuah PPS yang di buka ekoran banjir kilat melanda tiga kampung di Raub pada Khamis. - Foto APM

Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Lipis, Kapten (PA) Mohd Nor Azhar Yusof berkata, kejadian banjir dilaporkan berlaku di sekitar kawasan Mukim Telang ekoran hujan lebat tanpa henti sejak malam Rabu.

"Ia berpunca ekoran limpahan air Sungai Telang dan anak-anak sungai di kawasan Kampung Lubuk Kulit.

"Pihak APM telah membuat pemantauan di kawasan banjir bagi memantau paras air di dan membantu memindahkan mangsa ke PPS di SK Lubuk Kulit," katanya.