[VIDEO] Ahmad sedia rebut kerusi Parlimen Kemaman

Ahmad disambut kira-kira 200 penyokong BN sebaik tiba di kediamannya di Kijal.
Ahmad disambut kira-kira 200 penyokong BN sebaik tiba di kediamannya di Kijal.
A
A
A

KEMAMAN - Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said akur dengan keputusan pucuk pimpinan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebagai calon BN Parlimen Kemaman.

Beliau berkata, walaupun sebelum ini menolak untuk dicalonkan tetapi sekarang bersedia menggalas amanah tersebut memandangkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek terpaksa menarik diri kerana faktor kesihatan.

"Saya bersyukur kerana diberi kepercayaan oleh presiden dan pucuk pimpinan parti walau ini bukan kali pertama ditawarkan.

"Pada 1995 ketika Tan Sri Wan Mokhtar sebagai Menteri Besar (MB) saya pernah ditawarkan tetapi saya menolak.

"Kali ini saya terpaksa terima kerana cadangan pertama, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menarik diri kerana agak uzur sekarang.

"Beliau terpaksa menarik diri untuk bertanding dan saya diberi amanah menggantikannya," katanya ketika majlis menyambut ketibaan beliau di kediamannya selepas majlis percalonan.

Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal berkata, beliau yakin mampu menawan hati rakyat Kemaman yang sentiasa memerlukan khidmatnya.

"Sebagai orang biasa dan orang kampung saya bersedia berkhidmat untuk sebaik mungkin kepada rakyat Parlimen Kemaman dan Terengganu.

Artikel Berkaitan:

"Sebagai orang kelahiran Kemaman, saya tahu hasrat dan hati rakyat Kemaman.

"Kita kalah PRU lepas bukan kerana UMNO tak kuat tetapi kerana perpecahan," katanya.