Singa Afrika terlepas dari zoo

Lokasi lima ekor singa terlepas itu ialah Zoo Taronga, Sydney. - Foto Nine
Lokasi lima ekor singa terlepas itu ialah Zoo Taronga, Sydney. - Foto Nine
A
A
A

SYDNEY - Lima ekor singa Afrika keluar dari kandang Zoo Taronga di tepi pelabuhan Sydney pada Rabu sekali gus menyebabkan ia ditutup kepada orang ramai.

Penggera berbunyi di seluruh zoo sebelum singa-singa itu berjaya dikesan dan dihantar kembali ke zoo berkenaan.

Pengarah Eksekutif Zoo itu, Simon Duffy memberitahu pemberita bahawa seekor anak singa perlu ditenangkan.

Ini insiden penting dan semakan penuh kini sedang dijalankan untuk mengesahkan dengan tepat bagaimana singa-singa itu dapat keluar.

"Kami tidak mempunyai butiran yang tepat tentang bagaimana dan mengapa perkara itu berlaku," ujarnya seperti dilaporkan AFP.

Zoo Taronga terletak di kawasan kejiranan yang rimbun dan mewah dengan pemandangan gedung opera terkenal Sydney dan jambatan pelabuhan.

Penjaga zoo dilihat memeriksa pagar kandang singa untuk mengenal pasti sebarang kerosakan.

Zoo itu mempunyai dua ekor singa dewasa masing-masing jantan dan betina serta lima anak haiwan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Seekor singa Afrika jantan yang sudah dewasa boleh mencapai berat sehingga 250 kilogram manakala betina mencapai berat sehingga 180kg. - Agensi