SPRM, Kuasa sebar luas kempen cegah rasuah kepada Orang Asli

Razim
Razim
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa), sekali lagi menjalinkan kerjasama dalam penganjuran Program Jelajah Antirasuah Alam Sekitar Bersama Komuniti Orang Asli di Pos Tuel, Lojing, Kelantan, selama tiga hari bermula 2 hingga 4 Jun 2023.

Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Datuk Razim Mohd Noor berkata, program itu diadakan bertujuan menyebar luas kempen pencegahan rasuah kepada masyarakat Orang Asli agar dapat mengupas dan mengenal pasti isu-isu rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa yang memberi kesan kepada alam sekitar serta kehidupan.

"Program akan meliputi sesi dialog antara masyarakat Orang Asli dan pihak berkuasa berkaitan dalam mengupas isu rasuah di dalam kehidupan seharian mereka.

"Ia diikuti dengan sesi Gerak Mesra Antirasuah bersama Penduduk Orang Asli yang akan diadakan bagi mendidik dan memberi pemahaman kepada mereka berkaitan kesan dan bahaya rasuah kepada mereka di masa hadapan," katanya kepada Rasuah Busters pada Jumaat.

Program ini akan dihadiri oleh Razim sendiri bagi sama-sama mendekati masyarakat Orang Asli.

Program bakal meliputi sesi dialog antara masyarakat Orang Asli dan pihak berkuasa berkaitan dalam mengupas isu rasuah di dalam kehidupan seharian mereka.

Ia diikuti dengan sesi Gerak Mesra Antirasuah bersama Penduduk Orang Asli yang akan diadakan bagi mendidik dan memberi pemahaman kepada mereka berkaitan kesan dan bahaya rasuah kepada mereka di masa hadapan.

Tambah Razim, program ini diharap dapat menjadi platform penghubung antara pemimpin masyarakat Orang Asli dan SPRM serta agensi penguatkuasa yang lain terutamanya berkaitan isu-isu alam sekitar yang dekat dengan kehidupan masyarakat Orang Asli secara khususnya.