17 mangsa banjir dipindahkan, satu PPS dibuka

A
A
A

SEGAMAT - Seramai 17 mangsa banjir membabitkan lima keluarga dipindahkan pusat pemindahan sementara (PPS) dari daerah ini selepas rumah mereka dinaiki air susulan banjir yang berlaku pada Rabu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam satu kenyataan memaklumkan, kesemua mangsa banjir dari Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu 5 dipindahkan ke PPS Balairaya Kampung Batu Badak yang dibuka pada jam 8 pagi.

"Kejadian banjir kilat berlaku disebabkan limpahan air sungai pada Rabu, menyebabkan beberapa buah rumah penduduk dinaiki air.

"Pemantauan sehingga kini masih dilakukan antaranya melibatkan pejabat daerah, Angkatan Pertahan Awam Malaysia (APM) Johor, bomba, polis, tentera, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya.

Artikel Berkaitan: