2,913 kes baharu Covid-19, tiga kematian

Sebanyak 2,913 kes baharu Covid-19 direkodkan pada selasa dengan 11 daripadanya merupakan kes import. - Gambar Bernama
Sebanyak 2,913 kes baharu Covid-19 direkodkan pada selasa dengan 11 daripadanya merupakan kes import. - Gambar Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 2,913 kes baharu Covid-19 direkodkan pada selasa dengan 11 daripadanya merupakan kes import.

Jumlah baharu itu menjadikan angka keseluruhan jangkitan di negara ini kepada 4,905,877 kes sejak pandemik Covid-19 bermula.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, tiga kes kematian baharu akibat wabak itu dicatatkan dan satu kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka itu menjadikan jumlah kematian dalam negara setakat ini 36,478 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan 31,747 kes, dengan 30,257 atau 95.3 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Tiada pesakit yang ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala seramai 1,430 pesakit ditempatkan di hospital dengan 60 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU)

Artikel Berkaitan: