SRII Tahfiz Khalifah lahirkan pelajar celik al-Quran

Solat duha menjadi rutin setiap pagi di SRII Tahfiz Khalifah sebelum memulakan sesi pembelajaran.
Solat duha menjadi rutin setiap pagi di SRII Tahfiz Khalifah sebelum memulakan sesi pembelajaran.
A
A
A

BANGI - SRII Tahfiz Khalifah, Bandar Baru Bangi merupakan sebuah pusat pendidikan yang melahirkan ramai huffaz berdasarkan hafazan dan modul berkesan.

Pusat tahfiz yang beroperasi sejak lapan tahun lalu itu juga diharap mampu membantu meningkatkan kecemerlangan al-Quran di Selangor.

Pengurus SRII Tahfiz Khalifah, Erna Shahida Mohd Hairan berkata, melalui visinya iaitu melahirkan pelajar yang tahu, mahu dan mampu cemerlang, seramai lapan guru berusaha menjadikan pelajar celik al-Quran.

"Kita menyediakan aliran pembelajaran berstruktur dan suasana tanpa pengaruh sosial supaya pelajar dapat menumpukan sepenuhnya kepada pelajaran," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Menurutnya, sehingga kini seramai 50 pelajar mendalami ilmu al-Quran dan akademik di pusat tahfiz yang diasaskan oleh Mudirnya, Hairul Azman Masdar.

Tambahnya, silibus yang digunakan menggabungkan tiga sistem iaitu tahfiz, akademik dan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

Suasana pembelajaran di sebuah kelas di SRII Tahfiz Khalifah.
Suasana pembelajaran di sebuah kelas di SRII Tahfiz Khalifah.

Ujarnya, pihak pengurusan SRII Tahfiz Khalifah kini gigih mencari dana untuk pembangunan tahfiz tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Kita memerlukan kira-kira RM50,000 untuk tujuan itu dan mengalu-alukan orang ramai berinfak," katanya.

Orang ramai yang mahu memberi sumbangan boleh salurkan ke akaun Bank Muamalat bernombor 12100001344714 atas nama Akademi Khalifah.

Untuk sebarang pertanyaanboleh hubungi Erna Shahida melalui nombor telefon 010 772 7192.