Penamaan calon: Jalan utama sekitar Kemaman ditutup

Lakaran jalan-jalan utama yang akan ditutup sepanjang proses penamaan calon PRU15 di Kemaman.
Lakaran jalan-jalan utama yang akan ditutup sepanjang proses penamaan calon PRU15 di Kemaman.
A
A
A

KEMAMAN - Beberapa jalan utama untuk ke pusat bandar di daerah ini akan ditutup secara kekal dan berperingkat sepanjang proses penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijadualkan berlangsung pada 5 November.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, penutupan jalan akan dilalukan bermula jam 7pagi hingga 1 tengah hari bagi membantu melancarkan proses berkenaan.

"Antara kawasan yang terlibat ialah sepanjang jalan Air Putih dari lampu isyarat bandar Chukai hingga pusingan 'U' hadapan wisma Kopkem dan dari arah Kuantan (Lampu Isyarat Bandar Chukai hala ke pasar Chukai).

"Dari Arah Bukit Kuang (susur hala ke pasar Chukai) dan sepanjang jalan Gong Limau dari lampu isyarat Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) hingga simpang empat wisma persekutuan.

"Seterusnya, sepanjang jalan Air Putih dari lampu isyarat Mak Chili hingga pusingan "U" hadapan wisma Kopkem ( hanya kenderaan ringan sahaja dibenarkan)," katanya.

Beliau berkata, orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif lain untuk ke pusat bandar.

"Laluan alternatif yang boleh digunakan ialah dari Binjai-Lampu isyarat PSM-Bukit Mentok-Lampu isyarat Sekolah Menangah Kebangsaan (SMK) Chukai.

"Dari Mak Chili - Surau Kampung Mak Chili - Jalan Rahmat- Jalan Gong Limau - Hadapan Wisma -Lampu Isyarat Enjin Gergaji-Lampu Isyarat bomba-Lampu isyarat Tunas Manja.

Artikel Berkaitan:

"Satu lagi pilihan ialah dari Bukit Kuang-Lampu Isyarat Bomba menuju ke lampu isyarat Tunas Manja," katanya.