Program Peranti Siswa diteruskan jika BN menang PRU15

Tengku Zafrul (dua dari kanan) sambil diiringi Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Selangor, Mohd Azwan Mohd Nawawi (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada penerima pada Program Kecemerlangan Pelajar SPM dan STPM Parlimen Kuala Selangor di One Plaza di Kuala Selangor pada Selasa.
Tengku Zafrul (dua dari kanan) sambil diiringi Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Selangor, Mohd Azwan Mohd Nawawi (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada penerima pada Program Kecemerlangan Pelajar SPM dan STPM Parlimen Kuala Selangor di One Plaza di Kuala Selangor pada Selasa.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Program Peranti Siswa Keluarga Malaysia akan diteruskan pada tahun depan sekiranya rakyat memberikan mandat kepada BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, program peranti percuma itu amat baik bagi membantu golongan B40 dan perlu diteruskan pada tahun depan.

"Saya difahamkan kementerian berkaitan sudah mula mengagihkan kepada mahasiswa yang telah membuat permohonan," katanya pada sidang akhbar di Program Kecemerlangan Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Parlimen Kuala Selangor di One Plaza di sini pada Selasa.

Seramai 204 pelajar cemerlang SPM dan STPM tahun lalu dari seluruh sekolah menengah di Kuala Selangor menerima sumbangan daripada Yayasan Tengku Zafrul Aziz (TZA).

Tengku Zafrul memberitahu, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM450 juta bagi Program Peranti Siswa Keluarga Malaysia membabitkan empat kategori penerima.

Jelas beliau, peruntukan itu membabitkan pelajar yang sedang mengikuti program asasi di institut pengajian tinggi awam (IPTA), pelajar matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pelajar semester satu dan dua sekolah menengah atau pelajar tingkatan enam serta pelajar diploma vokasional Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di kolej vokasional.

"Program ini memanfaatkan seramai 600,000 siswa dan siswi daripada keluarga B40 dan permohonan telah pun dibuka," katanya ketika berucap pada Bajet 2023 mencadangkan peruntukan secara keseluruhan RM3.8 bilion bagi biasiswa dan pinjaman pendidikan untuk manfaat anak bangsa.

"Ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan dalam membantu seluruh Keluarga Malaysia yang berpandukan pendekatan 3R iaitu responsif, responsible atau bertanggungjawab dan reformis.

Artikel Berkaitan: