Siap siaga PRU15, bukan bermaksud tiada usaha berdepan banjir

Ahmad Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli Shaari
A
A
A

SHAH ALAM- Kesiapsiagaan Perikatan Nasional (PN) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bukanlah bermaksud gabungan itu tidak ambil peduli mengenai risiko bencana banjir.

Menurut Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari, PN perlu bertanding selepas Parlimen dibubarkan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pemuda BN, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebelum ini yang didakwa menempelak PN kerana dilihat lebih mengutamakan isu pilihan raya berbanding membuat persediaan menghadapi banjir meskipun pernah menentang untuk diadakan pada tahun ini.

“Dia begini bos, apabila gelanggang dibuka, takkanlah kami tidak masuk, mustahil hendak bagi menang percuma, lagipun belum tentu BN boleh menang kali ini.

“Soal banjir, kerajaan negeri siap sedia. Tiga Menteri Besar kami tidak bertanding pun, jangan bimbang. Soal pilihan raya, kami juga siap sedia,” kata beliau dalam satu hantaran di Facebook pada Isnin.

Ahmad Fadhli juga mengingatkan kepada anak muda untuk membuat penentuan yang terbaik pada PRU15 bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih dan stabil.

“Yang stabil sahaja tapi tidak bersih, akan menghancurkan negara. Stabil, tapi duit negara hilang, stabil tapi tanah rizab Melayu menyusut, stabil tapi kawasan parlimen untuk negeri Melayu lebih sedikit, ini di zaman siapa?

“Bersih, tapi tidak stabil juga belum cukup, kita tawarkan bersih dan stabil. Jangan bimbang, kita lawan cara sihat,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: