Covid-19: 3,123 kes baharu, dua kematian

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 3,123 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad dengan enam daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, sebanyak dua kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan adalah melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Justeru, jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 36,466 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 31,365 kes dengan 29,855 atau 95.2 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 1,444 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital.

Sebanyak 61 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 39 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Ahad ialah 2,464 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,832,220 kes

Artikel Berkaitan: