Tiga kereta mewah lesap, bengkel dipecah masuk

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak tiga buah kereta mewah bernilai RM940,000 milik pelanggan di sebuah bengkel lesap dipercayai dicuri dalam kejadian di Jalan Damansara, Kampung Bukit Lanjan di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan pada jam 10.39 pagi mendakwa tiga buah kenderaan milik pelanggan yang baru selesai dibaiki didapati telah hilang.

"Pengadu seorang lelaki tempatan mendapati kesan pecah pada mangga pintu masuk dan beberapa kunci kereta turut didapati hilang

"Kenderaan yang dilarikan ialah sebuah Mercedes Benz E200K warna perak, sebuah Toyota Land Cruiser warna putih dan sebuah Nissan GTR Prestige dengan anggaran kerugian berjumlah RM940,000," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Amihizam berkata, siasatan awal mendapati suspek masuk dengan cara memecahkan mangga di pintu masuk utama bengkel terbabit.

Katanya, semakan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sedang dijalankan untuk mengenal pasti suspek terlibat.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 395A Kanun Keseksaan.

"Sebarang maklumat berkaitan kes hubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai berdekatan," ujar beliau.

Artikel Berkaitan: