Erdogan gesa batal keputusan undi di Istanbul

Recep Tayyip Erdogan
Recep Tayyip Erdogan
A
A
A

ANKARA - TURKI. Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan meminta pihak berkuasa pilihan raya supaya membatalkan keputusan pilihan raya tempatan di Istanbul selepas didakwa berlaku penyelewengan undi.

Erdogan berkata, pihak berkuasa gagal melantik kakitangan awam sebagai pegawai di pusat pemilihan di beberapa pusat pengundian di Istanbul ketika pilihan raya 31 Mac lalu.

Menurut laporan akhbar Daily Sabah, pihak berkuasa telah menugaskan orang biasa yang mendatangkan masalah terhadap proses itu.

"Wujud keraguan dan situasi itu biasanya membawa kepada pembatalan undi," lapor akhbar itu memetik kenyataan Erdogan.

Undian untuk memilih datuk bandar, majlis perbandaran dan pegawai tempatan menyaksikan Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) meraih kira-kira 51 peratus undi.

Parti AKP pimpinan Erdogan itu bagaimanapun mengalami kekalahan mengejutkan dan ditewaskan parti pembangkang utama, Parti Republikan Rakyat (CHP) di Ankara serta bandar Izmir.

Keputusan itu turut menunjukkan CHP hampir menguasai Istanbul dan hampir menamatkan pemerintahan selama 25 tahun parti AKP.

Difahamkan, sebarang keputusan untuk membatalkan keputusan terletak pada kuasa Lembaga Tinggi Pilihan Raya.

Artikel Berkaitan:

Lembaga tersebut pernah menolak rayuan untuk kiraan semula undi di 31 daripada 39 daerah di Istanbul.

Badan pemilihan itu hanya bersetuju untuk mengira semula 51 kotak undi di 21 daerah. - Agensi