Wilson layak perkuat England di Qatar

Wilson (kiri) dan penolong pengurus Newcastle United, Jason Tindall meraikan kemenangan ke atas Aston Villa di St James Park. - Foto AFP
Wilson (kiri) dan penolong pengurus Newcastle United, Jason Tindall meraikan kemenangan ke atas Aston Villa di St James Park. - Foto AFP
A
A
A

PENGENDALI Newcastle United, Eddie Howe menegaskan Callum Wilson layak beraksi di Piala Dunia, selepas pemain itu meledak dua gol ketika membantu The Magpies menang bergaya 4-0 ke atas Aston Villa dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di St James' Park.

“Saya sangat gembira untuk Callum hari ini dan layak untuk bersama pasukan kebangsaan, namun untuk perlawanan ini saya tidak mengetahui sama ada siapa yang datang menyaksikan mereka beraksi sepanjang perlawanan.

Biarpun begitu adalah lebih baik para pemain memberi tumpuan kepada perlawanan dan tidak terlalu banyak berfikir.

“Ya, untuk Callum, sudah semestinya dia terdesak untuk menyertai skuad England, ia adalah antara impian zaman kanak-kanaknya, jadi dia akan sangat gembira apabila dapat bermain dengan begitu baik. Dia menjaringkan dua gol dan prestasi keseluruhannya sangat baik,” kata selepas perlawanan yang turut disaksikan pengendali England, Gareth Southgate.

Selain dua gol Wilson (46', 56') baki gol tuan rumah dijaringkan Joelinton (59') dan Miguel Almirón (67'), untuk mata ke-24 selepas mengharungi 13 perlawanan liga

Bagaimanapun, Howe juga tidak begitu gembira dengan persembahan para pemain The Magpies apabila terpaksa bertungkus-lumus pada separuh masa pertama sebelum menang sekali gus meraih kemenangan kelima bagi mengukuhkan kedudukan di tempat keempat liga.

Howe berkata: “Gol pertama sangat penting dalam mana-mana perlawanan. Hari ini kami mendapatnya, namun dengan pendekatan berbeza sama sekali di separuh masa kedua.

“Itulah bola sepak dan gaya yang kami mahu lihat secara konsisten di sini. Saya berdiri ke belakang dan menikmati separuh masa kedua. Saya fikir kami benar-benar beraksi dengan baik.”

Artikel Berkaitan: