Liverpool berdepan risiko terlepas tiket UCL

Pemain-pemain Liverpool kecewa selepas gagal mengutip mata di laman sendiri susulan tewas kepada Leeds.
FOTO- AFP
Pemain-pemain Liverpool kecewa selepas gagal mengutip mata di laman sendiri susulan tewas kepada Leeds. FOTO- AFP
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp mengakui pasukannya kini berisiko untuk terlepas tiket ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan selepas tewas 1-2 kepada Leeds dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi Ahad.

Justeru Klopp berharap pemainnya dapat bangkit dalam aksi yang seterusnya jika mahu mengambil peluang untuk beraksi di pentas elit kelab Eropah itu.

“Kami tidak layak ke Liga Juara-Juara jika bermain tidak konsisten seperti dilakukan pada hari ini.

“Kami perlu membetulkannya terlebih dahulu, selepas itu barulah segala-galanya mungkin mampu untuk dicapai (layak ke UCL)," katanya.

Pada aksi yang berlangsung di Anfield, gol Crysencio Summerville pada minit ke-89 memberikan skuad Reds kekalahan liga pertama di laman sendiri sejak April 2017.

Untuk rekod, Liverpool ketika ini tewas dua kali dalam 12 aksi pertama liga musim ini dan kini 13 mata di belakang Manchester City yang menghuni tangga teratas liga dan lapan mata ketinggalan di belakang empat pasukan utama.

“Tiada alasan tetapi kami ada masalah sejak hari pertama kerana kecederaan atau pemain yang hanya separuh cergas. Sebahagiannya bermain terlalu kerap, yang lain bermain terlalu awal (selepas cedera).

"Kini bukanlah masa untuk menukarnya, tetapi anda perlu bertarung untuk melepasinya, untuk mendapatkan rentak dan keyakinan,” tambah Klopp.

Artikel Berkaitan: