Liverpool kalah lagi...

Summerville pencetus kebangkitan Leeds United di Anfield. FOTO: AGENSI
Summerville pencetus kebangkitan Leeds United di Anfield. FOTO: AGENSI
A
A
A

LIVERPOOL mengalami kekalahan mengejut 1-2 kepada Leeds United selepas jaringan pemain sayap Belanda, Crysencio Summerville pada minit ke-89 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield, sekali gus mengeluarkan pelawat dari zon penyingkiran.

Kekalahan pertama The Reds di tempat sendiri dalam 30 perlawanan ini juga rentetan tewas 0-1 kepada kelab tercorot Nottingham Forest minggu lalu, menyaksikan pasukan Merseyside terperosok di tangga kesembilan dengan 16 mata selepas 12 perlawanan.

Sebaliknya kemenangan itu membawa Leeds United naik ke tangga ke-15 dengan 12 mata.

Liverpool sebelum itu memulakan satu lagi persembahan buruk selepas empat minit perlawanan bermula apabila Joe Gomez melakukan hantaran ke belakang kepada Alisson yang telah bergerak keluar dari gawangnya dan tergelincir, sebelum Rodrigo melakukan penyudah kemas untuk Leeds United.

Mohamed Salah selepas itu menyamakan kedudukan untuk Liverpool 10 minit kemudian apabila Andy Robertson membuat hantaran lintang untuk pemain Mesir itu meledak voli dari jarak dekat, membarakan kembali semangat para penyokong Liverpool di Anfield.

Babak kedua, Leeds terus mengancam apabila Brenden Aaronson hampir meletakkan pelawat kembali di hadapan beberapa minit kemudian, namun hantaran silang Rasmus Kristensen disudahkan dengan voli menerjah palang.

Kecemerlangan penjaga Leeds dari Perancis, Illan Meslier memastikan pelawat terus tenang bertahan berdepan asakan tuan rumah, terutamanya percubaan satu lawan satu daripada Darwin Nunez selepas minit 67 diikuti percubaan tepat 11 minit kemudian.

Namun Summerville kemudiannya menampilkan penampilan hebat untuk menghadiahkan skuad kendalian Jesse Marsch tiga mata, menjelang hari lahirnya ke-21 tahun apabila menterjemahkan hantaran Patrick Bamford.

Artikel Berkaitan:

"Ia adalah detik yang terindah untuk saya dan keluarga saya.

"Menjaringkan gol di Anfield adalah detik besar bagi saya. Ia berlaku begitu pantas apabila anda berada di dalam kotak, anda perlu juga berfikir dengan cepat. Ia berlaku begitu sahaja," kata Summerville.