Pas kekal tanding sembilan kerusi Parlimen di Kelantan

Mohd Amar - FOTO MOHD HALIM ABDUL WAHID
Mohd Amar - FOTO MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

BANGI - Pas kekal dengan status quo di Kelantan dengan bertanding sebanyak sembilan kerusi daripada 14 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pula akan bertanding sebanyak lima kerusi.

“Di Kelantan kita kekal status quo. Sembilan kerusi yang ditandingi oleh Pas di peringkat Parlimen dan lebihnya adalah Bersatu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas penutupan Karnival Anak Kelantan di Perantauan yang diadakan di Bangi Convention Centre di sini pada Sabtu.

Tambah Mohd Amar, pengumuman calon-calon itu dijangkakan diumumkan pada Rabu depan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Dalam pada itu, Mohd Amar turut mengulas mengenai anak kepada Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Nik Omar yang diumumkan bertanding di Parlimen Pasir Salak.

“Terserah parti masing-masing nak letak (calon) di mana. Cumanya kalau kita tengok dari sudut negatif, maknanya ustaz Nik Omar ini sudah tidak ada tempat di Kelantan.

“Maka sebab itu dia terpaksa dibawa keluar dari Kelantan,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: