Kahf, inovasi baharu penjagaan diri lelaki moden, aktif

Billy Dharmawan (dua dari kiri) ketika sesi soal-jawab produk Kahf semasa majlis pelancaran di IOI City Mall.
Billy Dharmawan (dua dari kiri) ketika sesi soal-jawab produk Kahf semasa majlis pelancaran di IOI City Mall.
A
A
A

LELAKI moden dan aktif masa kini semakin bijak dalam memilih produk diinginkan terutamanya dalam aspek penjagaan diri dan muka.

Biarpun hanya memilih produk penjagaan luaran badan, tidak dinafikan golongan berkenaan suka mencari produk yang halal kerana lebih yakin untuk digunakan.

Sehubungan itu, Kahf kini dilancarkan di Malaysia oleh PT Paragon Technology and Innovation iaitu sebuah syarikat kecantikan terbesar dari Indonesia.

Bagi memenuhi keperluan dan kepercayaan pengguna di Malaysia, jenama ini menampilkan produk halal, berkualiti tinggi dan berinspirasikan alam semulajadi.

Antaranya pencuci muka dan pelembap pelindung matahari, minyak wangi (eau de toilette) dan serum serta minyak istimewa bagi penjagaan janggut dan rambut.

Kahf turut menawarkan kandungan formulasi ringan dan unik dengan teknologi HydroBalanceTM mampu untuk mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit agar lebih sihat.

Kahf Malaysia mengadakan acara eksklusif selama tiga hari di LG Floor, West Court, IOI City Mall, Putrajaya dari 28 hingga 30 Oktober 2022..
Kahf Malaysia mengadakan acara eksklusif selama tiga hari di LG Floor, West Court, IOI City Mall, Putrajaya dari 28 hingga 30 Oktober 2022..

Bahan semula jadi digunakan juga adalah istimewa dan sangat sesuai sekaligus membawa manfaat fizikal, emosi, dan rohani kepada si pemakainya.

Artikel Berkaitan:

Pengurus Jenama Kahf, Billy Dharmawan berkata, permintaan terhadap produk penjagaan kulit dan diri lelaki di negara ini semakin meningkat, namun ramai belum menemui jenama sesuai dengan kemahuan dan gaya hidup harian mereka.

Oleh itu, pihaknya berusaha untuk mengisi jurang ini dengan memperkenalkan Kahf, jenama penjagaan diri dan kulit lelaki yang halal, berkualiti tinggi, tayyib, dan diilhamkan oleh alam semula jadi dengan reka bentuk moden sebagai penyelesaian penjagaan kulit dan gaya hidup untuk lelaki hari ini.

Beliau berkata, Kahf diilhamkan melalui perkembangan sains dan teknologi moden dengan penyelidikan mendalam dan telah diuji secara klinikal oleh pakar dermatologi supaya produk yang dipasarkan selamat digunakan untuk semua jenis kulit.

"Rangkaian produk Kahf juga dilengkapi dengan teknologi HydroBalance TM dengan empat falsafah utama, termasuklah Purely Cleanse yang membersihkan kulit secara menyeluruh ke liang-liang pori dengan rangkaian Face Wash.

"Balance and Hydrated pula mengekalkan keseimbangan kelembapan semula jadi kulit dengan Sunscreen Moisturiser.

"Ketiga, Nourish and Care dengan merawat dan menutrisi kulit dengan rangkaian Beard and Hair Care dan keempat Exquisite Natural Scent iaitu Eau De Toilette dengan empat varian wangian yang diinspirasikan dari alam semula jadi," katanya.

Beliau berkata, Kahf melengkapkan keperluan lelaki dengan menawarkan tiga kategori produk iaitu penjagaan kulit, minyak wangi dan penjagaan janggut dan rambut.

"Kahf Face Wash" adalah produk unggul dengan formulasi halal, Pure Cleanse kerana ia mampu membersih dengan berkesan, dibuat dengan teknologi HydroBalanceTM dan formulasi selesa yang boleh mengekalkan kelembapan kulit.

"Kahf juga mempunyai rangkaian Beard and Hair Care terbukti berkesan dan sesuai untuk lelaki ingin melebatkan janggut yang sihat dengan fungsi antibakteria, kerana ia boleh memastikan kulit wajah bebas daripada jerawat dan bintik hitam," ujar Billy Dharmawan.

Rangkaian produk Kahf juga dilengkapi dengan teknologi HydroBalance TM.
Rangkaian produk Kahf juga dilengkapi dengan teknologi HydroBalance TM.

Bukan sekadar menyediakan produk berkualiti tinggi, Kahf juga mahu bersama golongan lelaki dalam setiap keputusan dan jalan yang mereka pilih, untuk menjadi manusia yang lebih baik dan memberi kesan positif kepada orang sekeliling selaras dengan kempen Kahf iaitu #Jalan YangKupilih.

Kahf komited untuk menyokong dan bekerjasama dengan pelbagai komuniti di Malaysia untuk terus menyebarkan semangat kebaikan, supaya ia boleh memberi impak sosial yang positif.

Bagi mengalu-alukan pelancaran rasmi ini, Kahf Malaysia mengadakan acara eksklusif selama tiga hari di LG Floor, West Court, IOI City Mall, Putrajaya dari 28 hingga 30 Oktober 2022.

Terdapat pelbagai aktiviti seperti talkshow bersama #Kahfbro, permainan interaktif, hadiah menarik, pertandingan media sosial, diskaun istimewa sehingga 50 peratus dan banyak lagi.

Disamping itu, produk Kahf boleh didapati di Guardian dan Watsons seluruh negara serta secara dalam talian di Shopee dan TikTok Shop dengan harga sangat berpatutan antara RM19.60 hingga RM45.90.