3,286 kes baharu Covid-19, satu kematian

Malaysia merekodkan 3,286 kes baharu Covid-19 pada Jumaat. - Foto hiasan
Malaysia merekodkan 3,286 kes baharu Covid-19 pada Jumaat. - Foto hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 3,286 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Jumaat dengan 10 daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, sebanyak satu kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan adalah melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Justeru, jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 36,463 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 30,055 kes dengan 28,721 atau 95.6 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 1,276 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital.

Sebanyak 58 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 35 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Jumaat ialah 1,960 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,827,215 kes.

Artikel Berkaitan: