Dua beranak maut nahas di Bentong

Keadaan kereta dinaiki mangsa yang terbabit nahas melibatkan tiga kenderaan di Lebuhraya KLK dekat Bentong pada awal pagi Jumaat.
Keadaan kereta dinaiki mangsa yang terbabit nahas melibatkan tiga kenderaan di Lebuhraya KLK dekat Bentong pada awal pagi Jumaat.
A
A
A

BENTONG - Dua beranak maut selepas kereta dinaiki merempuh belakang sebuah treler dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 41, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah timur di sini pada awal pagi Jumaat.

Dalam nahas kira-kira jam 1.30 pagi itu, mangsa, seorang wanita berusia 52 tahun dan anak perempuannya, 28 tahun cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pemandu kereta berusia 58 tahun dan seorang lagi penumpang cedera.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kereta Honda dipandu lelaki berusia 58 tahun bersama tiga penumpang dipercayai satu keluarga itu dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Terengganu.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, kereta tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar belakang treler yang berada di lorong kiri arah yang sama.

"Akibat kejadian, kereta dinaiki mangsa berpusing dan masuk ke lorong kanan sebelum dilanggar sebuah lagi kereta dipandu remaja berusia 18 tahun," katanya.

Zaiham berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dihantar menerima rawatan ke hospital sama.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berhubung kejadian di minta tampil membantu siasatan," katanya.