Ibu maut, anak tercampak kereta dilanggar dari belakang

Keadaan kereta dinaiki tiga beranak terbalik selepas dipercayai dilanggar dari arah belakang.
Keadaan kereta dinaiki tiga beranak terbalik selepas dipercayai dilanggar dari arah belakang.
A
A
A

GOPENG - Seorang wanita maut sementara anak lelakinya berusia 2 tahun tercampak dari kereta dalam nahas dua kenderaan di Kilometer 291.3 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Perak di sini pada Isnin.

Dalam kejadian sekitar jam 8.10 pagi itu, mangsa, Norfadilah Ismail, 34, meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta jenis Perodua Myvi dipandu suaminya terbalik.

Anaknya yang tercampak dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, siasatan awal mendapati, kereta dinaiki tiga beranak itu dilanggar dari arah belakang oleh sebuah lagi kereta jenis Perodua Myvi.

"Ketika kejadian, kanak-kanak itu duduk bersama ibunya di kerusi penumpang hadapan menyebabkannya tercampak keluar sebaik berlaku perlanggaran.

"Kanak-kanak itu telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan setakat ini tiada apa-apa kecederaan serius dimaklumkan," katanya ketika dihubungi pemberita di sini pada Isnin.

Seorang wanita maut manakala anak lelakinya berusia 2 tahun tercampak dari kereta dalam nahas dua kenderaan di Kilometer 291.3 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan pada Isnin.
Seorang wanita maut manakala anak lelakinya berusia 2 tahun tercampak dari kereta dalam nahas dua kenderaan di Kilometer 291.3 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan pada Isnin.

Beliau berkata, suami kepada mangsa berusia 36 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, pemandu Myvi dan tiga penumpang kenderaan itu berusia antara 20 hingga 22 tahun turut terselamat.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat.

"Siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.