Marsch tekad tamatkan kemarau kemenangan Leeds

Marsch
Marsch
A
A
A

PENGENDALI Leeds United, Jesse Marsch mengakui sudah bosan dengan kekalahan yang dialami pasukannya dalam beberapa perlawanan liga sebelum ini.

Justeru, jurulatih kelahiran Amerika Syarikat itu tekad mahu menamatkan kemarau kemenangan apabila mengakui sedang mempersiapkan pasukan yang terbaik menjelang pertemuan menentang Liverpool Ahad ini.

“Saya tidak pernah kalah selama ini ketika 14 tahun menjadi pemain dan 13 tahun membimbing pasukan. Jadi saya tidak pernah tumpas sebanyak ini dalam karier.

“Saya sudah bosan dengan perkara ini dan saya sedang melihat siapa yang boleh diharapkan untuk aksi tahap tertinggi.

“Saya sudah penat beraksi di mana kami lebih baik daripada pasukan lawan dan berjalan keluar tanpa sebarang mata.

“Saya juga sudah muak di mana kami lebih baik daripada pasukan lawan tapi membenarkan gawang dibolosi dengan mudah, penat tidak dapat keputusan yang sepatutnya diraih," katanya.

Untuk rekod, Leeds tidak pernah mencatat sebarang kemenangan sejak Ogos dan kini berada di zon penyingkiran di tempat ke-18.

The Whites kini hanya mengumpul sembilan mata daripada 11 perlawanan, termasuk kalah 2-3 di laman sendiri kepada Fulham Ahad lalu.

Artikel Berkaitan: