'Saya masuk politik sebab mahu bersihkannya' - Syed Saddiq

Syed Saddiq diperintahkan untuk membela diri atas empat pertuduhan pada Jummat. Foto SINAR HARIAN/ASRIL ASWANDI SHUKOR.
Syed Saddiq diperintahkan untuk membela diri atas empat pertuduhan pada Jummat. Foto SINAR HARIAN/ASRIL ASWANDI SHUKOR.
A
A
A

KUALA LUMPUR - 'Saya masuk politik sebab mahu bersihkan politik, demikian reaksi penyandang kerusi Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkaitan keputusan Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat.

Syed Saddiq berkata, dirinya sama sekali tidak gentar malah akan menggunakan peluang untuk kesempatan ini dengan sebaiknya.

"Walau apa pun ugutan, sogokan, ia tidak akan melemahkan semangat dan prinsip saya berjuang dan membela rakyat.

"Dalam bab ini sudah tibanya masa untuk saya diberi peluang untuk kenyataan kesaksian bersumpah di dalam mahkamah selepas ini dan untuk memanggil saksi-saksi di pihak pembelaan pula," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini pada Jumaat.

Katanya, perbicaraan selepas ini akan digunakan bagi membersihkan namanya.

"Kebenaran akan diperjelaskan untuk memberitahu cerita sebenar di pihak saya," katanya.

Pada Jumaat, Syed Saddiq diperintahkan untuk membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat atas empat pertuduhan subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA).

Artikel Berkaitan:

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Azhar Abdul Hamid memutuskan perkara ini selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu.