Pelaksanaan laluan kontra Lebuhraya MEX ditangguhkan

Pelaksanaan laluan kontra dari Kilometer (KM) 11.5 sehingga KM7.9 arah Utara Lebuhraya MEX (Putrajaya - Kuala Lumpur) yang dijadualkan bermula pada 1 November ditangguhkan kepada suatu tarikh yang akan diumumkan kelak. - Gambar hiasan

A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pelaksanaan laluan kontra dari Kilometer (KM) 11.5 sehingga KM7.9 arah Utara Lebuhraya MEX (Putrajaya - Kuala Lumpur) yang dijadualkan bermula pada 1 November ditangguhkan kepada suatu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Maju Expressway Sdn Bhd dalam satu kenyataan memaklumkan, penangguhan tersebut disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan dan segala kesulitan amatlah dikesali.

Pengguna yang ingin mendapatkan maklumat terkini dan laporan trafik boleh melayari MEXTraffic Twitter dan Facebook MEX Traffic atau hubungi talian 03-83159111.

Artikel Berkaitan: