Op Noda: 11 pelacur, lima lelaki warga asing ditahan

Ahmad Zamry (tengah) menunjukkan gambar pelacur tempatan dan lelaki warga asing yang ditahan dalam Op Noda selepas sidang akhbar di IPD Segamat, Segamat pada Rabu.
Ahmad Zamry (tengah) menunjukkan gambar pelacur tempatan dan lelaki warga asing yang ditahan dalam Op Noda selepas sidang akhbar di IPD Segamat, Segamat pada Rabu.
A
A
A


SEGAMAT - Seramai 11 wanita tempatan yang terlibat dalam aktiviti persundalan dan lima lelaki warganegara asing ditahan polis dalam serbuan di sebuah hotel di Jalan Mentol pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, kesemua mereka ditahan menerusi Op Noda yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat pada jam 4.30 petang.

"Pelanggan terbabit terdiri daripada lelaki warga Bangladesh dan India berusia antara 23 hingga 34. Mereka ditahan dalam serbuan ini bagi semakan dokumen.

"Difahamkan, harga ditawarkan untuk mendapatkan khidmat pelacur terbabit serendah RM30 selain menyasarkan warga asing sebagai pelanggan," katanya dalam sidang akhbar di IPD Segamat di sini pada Rabu.

Beliau memberitahu, menerusi operasi itu pihaknya turut merampas buku catatan urus niaga, kamera litar tertutup (CCTV), kondom yang masih belum digunakan selain wang tunai berjumlah RM1,508.

Jelasnya, operasi yang diketuai Ketua Balai Polis Segamat, Inspektor Hanafi Ghazali itu dilakukan hasil risikan selama beberapa hari di sekitar daerah ini.

Menurut Ahmad Zamry, kesemua yang ditahan direman empat hari mengikut Seksyen 372 A dan 372B Kanun Keseksaan bawah Akta Imigresen 1959/63.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti tidak bermoral seperti pelacuran untuk menghubungi Bilik Gerakan IPD Segamat di talian 07-9312222.
Artikel Berkaitan: