MyKad mangsa banjir siap setengah jam

Ruslin (kiri) menyampaikan MyKad kepada Wan Nab yang terlantar di Tumpat.
Ruslin (kiri) menyampaikan MyKad kepada Wan Nab yang terlantar di Tumpat.
A
A
A

TUMPAT - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan membantu mangsa banjir yang kehilangan kad pengenalan diri (MyKad) dengan mengganti baharu menerusi proses sepantas setengah jam.

Ketua Pengarah JPN, Datuk Ruslin Jusoh berkata, langkah itu bagi membantu mangsa banjir agar dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Katanya, proses tersebut dilakukan tanpa sebarang caj dan turut membabitkan kes-kes kemusnahan dokumen seperti sijil lahir atau sijil-sijil lain yang dikeluarkan oleh JPN.

Kita sudah bersiap siaga menghadapi banjir kerana dijangka banyak melibatkan kehilangan dokumen.

”JPN di seluruh negara akan bergerak membantu mereka yang dilanda musibah dengan membuat gantian segera terutama MyKad untuk membolehkan mereka mengundi pada PRU15,” katanya pada Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri (JPN) di Kampung Laut 3 di sini, pada Rabu.

Ruslin berkata, proses menggantikan MyKad bagi kes biasa memakan masa sehari dan bagi kes-kes khusus boleh dilakukan sepantas setengah jam.

Beliau sebelum itu menyampaikan MyKad dan sijil lahir kepada warga emas terlantar, Wan Nab Ismail, 83, yang berstatus orang kurang upaya (OKU) lembam sejak lahir.

Katanya, Wan Nab tidak pernah didaftarkan oleh ibu bapa sekali gus menyebabkan wanita itu tidak pernah mendapat kemudahan kesihatan, kebajikan dan pendidikan secara rasmi.

Artikel Berkaitan:

“Kes ini terpencil dan semakin berkurangan berkurangan apabila JPN turun padang menyelesaikannya.

“Terdapat juga mereka yang tidak mendaftarkan kelahiran anak kerana masalah tidak mempunyai sijil nikah dan saya nak ingatkan semua bahawa setiap kelahiran perlu didaftarkan,” katanya.