Tiada kegiatan sorok bekalan telur

Azman (kiri) menunjukkan bekalan telur semasa mengadakan pemantauan pematuhan skim harga maksimum musim perayaan Deepavali di sebuah pasar raya di Kota Bharu pada Selasa.
Azman (kiri) menunjukkan bekalan telur semasa mengadakan pemantauan pematuhan skim harga maksimum musim perayaan Deepavali di sebuah pasar raya di Kota Bharu pada Selasa.
A
A
A

KOTA BHARU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan menjelaskan isu ketiadaan bekalan telur di pasaran bukan disebabkan aktiviti menyorok bekalan.

Pengarahnya, Azman Ismail menjelaskan pihaknya tidak menerima sebarang aduan berkait dengan aktiviti menyorok bekalan telur setakat ini.

Menurut beliau, kekurangan telur di pasaran disebabkan oleh ketiadaan bekalan yang cukup.

"Hal ini kerana Kelantan tidak mempunyai pembekal telur, bagaimanapun kita mendapat bekalan itu dari Selangor, Johor, Perak dan Melaka.

"Masalah ini (bekalan telur) berlaku di seluruh negara dan ia tidak hanya melibatkan Kelantan sahaja," katanya selepas mengadakan pemantauan pematuhan skim harga maksimum musim perayaan Deepavali di sebuah pasar raya di sini pada Selasa.

Menurut beliau, permintaan tinggi dan kekurangan bekalan menyebabkan berlaku gangguan bekalan telur di pasaran.

Ujarnya, hasil pemantauan yang dilakukan setiap masa oleh pihak KPDNHEP mendapati bekalan tidak pernah putus dan sentiasa ada.

Artikel Berkaitan: