Masalah Bekalan Air

No Image Caption
A
A
A
Penduduk perumahan yang tinggal di tingkat atas terpaksa mengangkat bekalan air bersih yang diambil daripada tangki statik yang disediakan oleh Jabatan Bekalan Air (JBA) Labuan di Taman Perumahan Sungai Bedaun hari ini.

Majoriti penduduk di 27 kampung di pulau ini terjejas dengan gangguan bekalan air sejak Ahad lalu berikutan kerosakan pada Sistem Pam Utama di Stesen Pulau Enoe yang menyalurkan 90 peratus air bersih ke seluruh Labuan.

Menurut kenyataan JBA Labuan, kerja-kerja pembaikan pam tersebut akan mengambil masa yang panjang disebabkan oleh alat ganti pam tidak terdapat dalam pasaran tempatan dan terpaksa diimport serta mengambil masa untuk tiba di Labuan.

Masalah pam rosak dan paip pecah silih berganti sepanjang tahun menyebabkan gangguan bekalan air tidak menentu yang berpanjangan dan menjejaskan penduduk di pulau bebas cukai ini.

Pihak JBA Labuan sedang berusaha untuk membekalkan bekalan air bersih ke tangki-tangki statik yang telah disediakan melalui lori tanker JBA, lori Perbadanan Labuan (PL), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Bomba untuk menghantar ke kawasan-kawasan yang terjejas. - Foto Bernama.
Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Kenderaan Transit Aliran Automatik

No Image Caption
GALERI

Jeram Pasu kering

No Image Caption
GALERI

Kraf Kelapa

No Image Caption
GALERI

Pemindahan Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel