MP BN ponteng sidang Parlimen?

Paparan Twitter Fahmi.
Paparan Twitter Fahmi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil mendedahkan tiada seorang pun ahli Parlimen BN yang hadir ketika sesi perbahasan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971, di Dewan Rakyat, malam ini.

Melalui perkongsian di Twitter, Fahmi memuatnaik sekeping gambar yang menunjukkan tempat duduk ahli Parlimen pembangkang kosong pada jam 8.18 malam.

“Perbahasan pindaan Auku tiada seorang pun Ahli Parlimen BN (Umno, MCA, MIC) yang hadir di Dewan Rakyat untuk berbahas,” tulisnya.

Kelihatan pada gambar tersebut, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sedang berucap.

Sebelum ini, Maszlee memberitahu pembentangan usul itu bagi memansuhkan mana-mana seksyen yang mengekang kebebasan pelajar dan ahli akademik di universiti serta di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Akta 555).

[ARTIKEL BERKAITAN: Usul mansuh Auku dibentang Disember]

Artikel Berkaitan: