Dembele duri dalam daging Athletic

Dembele menjaringkan satu gol ketika membantu Barca menewaskan Athletic dalam saingan La Liga pada Isnin. - Foto Agensi
Dembele menjaringkan satu gol ketika membantu Barca menewaskan Athletic dalam saingan La Liga pada Isnin. - Foto Agensi
A
A
A

PEMAIN sensasi, Ousmane Dembele menjadi watak penting ketika membantu Barcelona menundukkan Athletic Bilbao, 4-0, dalam saingan La Liga pada Isnin.

Pemain sayap Perancis itu menghasilkan satu jaringan dan membuat tiga bantuan gol bagi membantu Barca kekal tiga mata di belakang pendahulu, Real Madrid.

Jurulatih Barca, Xavi Hernandez mencabar Dembele yang berada pada prestasi terbaik untuk melakukan sesuatu.

Penampilan Dembele satu tamparan buat bekas pengendali Barca, Ernesto Valverde yang kembali ke Camp Nou.

Dembele membuka tirai jaringan dan mencipta gol buat Sergi Roberto dan Robert Lewandowski sekali gus membuatkan Athletic tergamam ketinggalan tiga jaringan pada babak pertama.

Ferran Torres meledak gol buat tuan rumah pada separuh masa kedua hasil hantaran Dembele.

“Ia lumrah buat pemain sayap, ada masa naik dan turun. Mereka perlu melaluinya seperti mana yang saya sentiasa katakan.

“Ada kalanya ia berkesan dan berlaku sebaliknya, namun mereka harus menempuhinya. Ousmane berjaya memberikan perbezaan,” kata Xavi.

Artikel Berkaitan:

Ia adalah perlawanan pertama Valverde berdepan Barcelona sejak dipecat Januari 2020 dan meraih dua kejuaraan liga namun ia tidak mengikut seperti yang dirancangnya.

“Ia memang hari yang sangat teruk kerana kami tumpas 0-4. Mereka menghukum kami,” ujar Valverde.