Ibu Wan Azizah meninggal dunia

Gambar kenangan Nurul Izzah (kanan) bersama neneknya, Datin Hajah Mariah Khamis (tengah) serta ibunya, Dr Wan Azizah. - Foto Facebook Nurul Izzah Anwar
Gambar kenangan Nurul Izzah (kanan) bersama neneknya, Datin Hajah Mariah Khamis (tengah) serta ibunya, Dr Wan Azizah. - Foto Facebook Nurul Izzah Anwar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ibu kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Datin Mariah Khamis meninggal dunia awal pagi tadi.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengesahkan perkara berkenaan berkata, solat jenazah ibu mentuanya itu dijadualkan pada 11.30 pagi ini di Masjid Al-Mustaqim, Ampang.

"Saya memohon maaf kepada seluruh pimpinan Harapan Sarawak serta para pendukung kerana terpaksa membatalkan jelajah ke Miri dan Kuching yang dijadualkan hari ini. Kita ketemu lagi di lain waktu, Insya-ALLAH,” katanya menerusi catatan di Facebook pada Isnin.

Berita sedih itu turut dikongsikan cucunya, Nurul Izzah Anwar di Facebook.

"Innalillahiwainnailaihirajiun. Dimaklumkan bonda mama tersayang, Datin Hajah Mariah Khamis telah kembali ke rahmatullah.

"Semoga Allahyarhamah nenek ditempatkan dalam kalangan para salihin, diampunkan dosa, dipermudahkan segala urusan, diberikan sepenuh kelapangan kelak dan mendapat husnul khatimah. We love you, grandma. Al-Fatihah,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: