2,611 kes baharu Covid-19, empat kematian

Malaysia merekodkan 2,611 kes baharu Covid-19 pada Sabtu dengan tujuh daripadanya kes import. Foto hiasan
Malaysia merekodkan 2,611 kes baharu Covid-19 pada Sabtu dengan tujuh daripadanya kes import. Foto hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Malaysia merekodkan 2,611 kes baharu Covid-19 pada Sabtu dengan tujuh daripadanya kes import, manakala kes aktif dicatatkan adalah sebanyak 27,299.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, daripada keseluruhan kes pesakit Covid-19 yang masih aktif, sebanyak 26,186 atau 95.9 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Data itu turut menunjukkan seramai 1,066 pesakit Covid-19 dilaporkan ditempatkan di hospital dengan 29 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Kes sembuh baharu Covid-19 yang direkodkan ialah 1,841 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,816,262.

Pada masa yang sama, negara ini turut merekodkan empat kematian baharu akibat wabak tersebut pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: