2,000 usahawan sertai Lazada Epic 10

Aisha dan Ee Vian membawa pulang sebuah Vespa Primavera S150 edisi khas.
Aisha dan Ee Vian membawa pulang sebuah Vespa Primavera S150 edisi khas.
A
A
A

LEBIH 2,000 usahawan tempatan menyertai ‘Peraduan Lazada Epic 10’ yang memberi peluang untuk mengembangkan perniagaan dengan menambah produk di kedai dalam talian untuk menjangkau lebih ramai pelanggan.

Ketua Pegawai Operasi Lazada Malaysia, Darren Rajaratnam berkata, peraduan tersebut merupakan antara inisiatif menggalakkan penjual untuk mengoptimumkan alat penjual yang tersedia di platform Lazada.

“Penglibatan ini boleh menaik taraf kedai dalam talian mereka dengan mudah bagi mencapai lebih ramai pelanggan, sekali gus melonjakkan jualan.

“Bagi penjual baharu dan sedia ada, pasukan kami sentiasa menyokong mereka dengan bimbingan secara langsung,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Peraduan Lazada Epic 10 yang berlangsung pada 25 April hingga 30 September lalu memberi peluang kepada penjual Lazada Marketplace tempatan yang layak untuk menaik taraf e-kedai menerusi beberapa penugasan termasuk menghias kedai menggunakan alat Store Builder.

Selain itu penggunaan Lorikeet untuk penerangan produk, memuat naik sekurang-kurangnya 10 produk baharu bagi mempelbagaikan produk di samping bekerjasama dengan pelanggan secara aktif bagi meningkatkan skor kandungan kepada 90 peratus menjelang musim Mega Campaigns akan datang.

Sementara itu dua pemenang utama Peraduan Lazada Epic 10 telah dipilih iaitu Aisha Mohamad Ibrahim dan Tan Ee Vian dengan masing-masing membawa pulang sebuah Vespa Primavera S150 edisi khas manakala 100 penjual lain memenangi hadiah sagu hati.

Aisha yang merupakan pemilik kedai tudung dalam talian, Tudung Viral 01 dan Ee Vian (BeauteRider) turut diberi tiket ke Masterclass Edisi #8 yang akan diadakan pada 26 Oktober ini.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu Darren berkata, Lazada sentiasa bersama dengan penjual secara bersemuka menerusi pelbagai aktiviti di seluruh negara, termasuk penglibatan di Kelantan dan Kedah, baru-baru ini.

Dua pemenang utama Peraduan Lazada Epic 10, Aisha Mohamad Ibrahim dan Tan Ee Vian membawa pulang sebuah Vespa Primavera S150 edisi khas.
Dua pemenang utama Peraduan Lazada Epic 10, Aisha Mohamad Ibrahim dan Tan Ee Vian membawa pulang sebuah Vespa Primavera S150 edisi khas.

“Lebih 500 penjual sedia ada dan bakal penjual baharu menyertai Teh Tarik Session serta acara sambutan ‘Malam Kebudayaan’ dan ‘Hari Kebudayaan’ anjuran Lazada University dan pasukan Seller Engagement pada September lalu.

“Penjual Lazada adalah bahagian bernilai dan berperanan penting dalam ekosistem e-dagang, terutama kerana pelbagai produk mampu milik yang mereka jual di platform ini mendorong lebih ramai pelanggan mendapatkan produk yang berbaloi dari segi wang dalam pelbagai kategori.

“Lazada akan terus memperkasa PMKS tempatan dalam usaha mendigitalkan perniagaan mereka di bawah pakej Hari-Harimau (HHM) New Seller Kickstarter melalui pelbagai inisiatif, termasuk Sapot Lokal, DE Dagang-Jualan Murah Keluarga Malaysia, Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia,” jelasnya.

Masterclass Edisi #8, anjuran Lazada University, akan menumpukan aspek pemerkasaan penjual dengan pengetahuan berharga untuk bersiap sedia bagi Mega Campaigns yang akan datang, iaitu 11.11 dan 12.12.

Tiket Masterclass #8 boleh didapati dalam talian mulai sekarang hingga 25 Oktober ini untuk semua penjual Lazada menerusi laman web https://university.lazada.com.my/cms/mc8.