Penunggang basikal cedera dilanggar motosikal

Rakaman video tular berdurasi 36 saat memaparkan seorang penunggang basikal cedera dilanggar sebuah motosikal di Jalan Putra Permai pada Khamis lalu.
Rakaman video tular berdurasi 36 saat memaparkan seorang penunggang basikal cedera dilanggar sebuah motosikal di Jalan Putra Permai pada Khamis lalu.
A
A
A

SERDANG - Seorang penunggang basikal cedera ringan selepas dilanggar sebuah motosikal dalam kemalangan di Jalan Putra Permai arah Putrajaya di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, dalam kejadian pada jam 8 malam, lelaki berusia 36 tahun sedang menunggang basikal dari arah Equine menghala ke Putrajaya.

"Mangsa berada di lorong kanan didapati cuba menukar ke lorong kiri, kemudian dilanggar oleh sebuah motosikal.

"Akibat dari kejadian tersebut penunggang basikal tersebut terjatuh pada permukaan jalan dan mengalami cedera ringan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Anbalagan berkata, pihaknya telah menerima laporan berkaitan insiden kemalangan itu pada jam 3.47 petang, Jumaat.

"Kita sedang mengesan penunggang motosikal tersebut, setakat ini dia belum membuat laporan polis," katanya.

Beliau berkata, kes tersebut diklasifikasikan sebagai Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959.

"Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Tular di media sosial rakaman video berdurasi 36 saat memaparkan seorang penunggang basikal cedera dilanggar sebuah motosikal di Jalan Putra Permai di sini pada Khamis lalu.

Artikel Berkaitan: