2,256 kes baharu Covid-19, tiga kematian

Sebanyak 2,256 kes Covid-19 dicatatkan pada Jumaat menjadikan kumulatifnya adalah 4,877,387.
Sebanyak 2,256 kes Covid-19 dicatatkan pada Jumaat menjadikan kumulatifnya adalah 4,877,387.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 2,256 kes Covid-19 dicatatkan pada Jumaat menjadikan kumulatifnya adalah 4,877,387.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, sebanyak tiga kes kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Tiga kes kematian itu termasuk satu kes berlaku di luar fasiliti kesihatan atau brought in dead (BID).

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula kini berjumlah sebanyak 26,526 dengan 25,425 atau 95.8 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Sebanyak 1,054 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 47 daripadanya dirawat dalam unit rawatan rapi (ICU).

Seramai 17 kes memerlukan bantuan pernafasan, manakala 1,363 dicatatkan sembuh.

Artikel Berkaitan: