Dakwaan Ahmad Zahid tidak bertanding hanya propaganda politik

Ahmad Zahid
Ahmad Zahid
A
A
A

SHAH ALAM - Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan menafikan laporan bahawa Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk yang disandangnya sejak beberapa penggal lalu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Memetik laporan UMNO-Online, Mohd Sumali turut menegaskan beliau tidak menerima sebarang kenyataan sedemikian daripada pemimpin nombor satu partinya itu.

“Saya tidak pernah dengar dan tiada kenyataan rasmi dari Presiden UMNO, saya anggap hanya propaganda politik,” katanya.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan Ahmad Zahid dijangka tidak akan bertanding bagi mempertahankan kerusi tradisinya pada PRU15 kali ini.

Difahamkan tempat beliau akan digantikan sama ada anaknya, Nurulhidayah atau pun orang kanan beliau.

Pada 13, Oktober lalu, anak mantan Timbalan Perdana Menteri pada era Tun Abdul Razak, Mohamed Tawfik Tun Dr Ismail mengesahkan yang beliau akan bertanding menentang Ahmad Zahid pada PRU15.

Mohamed Tawfik yang merupakan pengasas Gerak Independent pernah menjadi Ahli Parlimen Sungai Benut, Johor di bawah BN pada tahun 80-an.

Artikel Berkaitan: