Bakal Presiden UPKO tanding di Penampang, saingi Darell

Ewon Benedick
Ewon Benedick
A
A
A

KOTA KINABALU - Pakatan Harapan (PH) akan mencalonkan bakal Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick untuk bertanding di kerusi Parlimen Penampang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ewon, 39, mengesahkan bahawa beliau akan bertanding di kerusi yang disandang Timbalan Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Darell Leiking sejak 2013.

"(Saya) bersedia. Saya mahu menawarkan kepimpinan baharu di Penampang," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Ditanya adakah beliau yakin mampu menentang Darell, Ewon berkata, UPKO mempunyai peluang yang besar untuk merebut kerusi yang pernah dimiliki parti itu sebelum ini.

"Saya percaya kami mempunyai peluang dan isu yang kukuh untuk dikemukakan kepada pengundi di Penampang," katanya.

Beliau turut berkata, UPKO diberi lima kerusi termasuk Tuaran yang disandang Presidennya, Datuk Seri Madius Tangau selain kerusi Parlimen Beluran, Kimanis dan Libaran menerusi gabungan di bawah PH.

Sebelum itu, Parlimen Penampang dahulunya merupakan kubu kuat UPKO sejak sejak penubuhannya di bawah Tan Sri Bernard Dompok.

Artikel Berkaitan: