Bayi maut dipijak zirafah

Gambar fail menunjukkan dua ekor zirafah di Afrika Selatan. - Foto YouTube
Gambar fail menunjukkan dua ekor zirafah di Afrika Selatan. - Foto YouTube
A
A
A
JOHANNESBURG - Seekor zirafah memijak hingga mati seorang bayi berusia 16 bulan di wilayah timur Afrika Selatan pada Rabu, kata polis, dalam serangan yang jarang dilakukan mamalia tertinggi di dunia, lapor AFP pada Khamis.

Serangan itu berlaku di ladang permainan sekitar 270 kilometer ke timur laut bandar pelabuhan Durban.

Jurucakap polis, Nqobile Gwala menyatakan dalam mesej teks kepada AFP bahawa seorang ibu berusia 25 tahun dan anak perempuannya berusia 16 bulan di Ladang Kuleni di kawasan Hluhluwe dipijak oleh zirafah.

Beliau berkata, bayi itu dibawa ke klinik berhampiran dan meninggal dunia di sana.

Katanya, ibunya pula dikejarkan ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan dan berada dalam keadaan kritikal.

Polis telah melancarkan siasatan berhubung kejadian itu.

Pada kebiasaanya, zirafah tidak menyerang manusia. - Agensi

Artikel Berkaitan: